Header Ads

DERMA DARAH: PUNCA UTAMA KENAPA CRISTIANO RONALDO TAK BERTATU




Bercakap mengenai topik derma darah, saya tahu satu-satunya sebab Cristiano Ronaldo tidak bertatu adalah kerana beliau merupakan penderma darah yang konsisten.



Sebagai peminat bola sepak, kita semua tahu betapa gilanya bintang bola sepak Eropah dengan tatu mereka.

Tetapi Cristiano Ronaldo memilih untuk tidak bertatu bukan kerana tak minat bertatu. Sebaliknya ia akan mengganggu komitmen menderma darahnya sebanyak 2 kali setahun.



Jika anda bertatu (atau berbekam), anda perlu menunggu hingga 4 bulan sebelum anda boleh menderma darah.

Ini kerana dengan bertatu atau berbekam, anda boleh terdedah dengan risiko virus seperti Hepatitis B yang disebabkan oleh penggunaan alatan yang tak steril.

Walaupun kebarangkalian penggunaan alatan yang tak steril sangat-sangat jarang berlaku di kalangan pencacah tatu berlesen dan pembekam bertauliah, Pusat Darah Negara tak mahu mengambil risiko. Risiko yang kemudiannya akan memudaratkan si penerima darah.

Selain menjadi penderma darah, bintang Real Madrid dan Portugal ini juga merupakan penderma sumsum tulang (bone marrow).

Ronaldo mula menjadi penderma darah dan sumsum tulang selepas tergerak hati untuk membantu Gustavo, anak Carlos Martins; rakan sepasukannya di skuad Portugal (gambar bawah, kanan).



Pada tahun 2011, Gustavo menghidap penyakit leukaemia.

“Pernah sekali Carlos (Martins) memberitahu kami ketika latihan skuad kebangsaan. Dia memberitahu kami tentang masalah anaknya,” kata Ronaldo kepada stesen radio Cadena Cope.

“Jadi kami, pemain-pemain semua, bersatu untuk membantu beliau dan anaknya kerana kami tahu betapa sukarnya situasi yang beliau hadapi.”

Terima kasih Ronaldo kerana menggerakkan hati kami di Semuanya BOLA untuk mula menderma darah buat kali pertama kali.


Pemain bola sepak yang kaya-raya seperti anda boleh sahaja menderma duit untuk membantu orang lain. Tetapi apabila anda menderma darah dan sumsum tulang, anda adalah pemain bola sepak yang sangat kami hormati di dalam dan luar padang.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.