Header Ads

"Perempuan Gemuk Macam Aku Ni Ada Orang Nak Ke?"




Dulu, sebelum berkahwin dengan 'Hamim', teringat bila orang sekeliling pernah kata,"alahh, nisa orang biasa macam kita ni (which is saya gemok) memang perasan je orang suke kita. 

Tapi orang tu layan biase je". Sentap nye mase tu. Tapi hahahaha. Senyum jelah. "mungkin betul". Hamim memang boleh tahan orangnya.

Selepas 3tahun orang perli saya gemok dan perasan tu, saya nekad berubah. Saya jadi lebih gemok! Dan Hamim masih sama! Terharu!

Untuk buktikan yang suara suara tu salah, hubungan saya dan Hamim long-last. Berkawan 3 tahun dan kemudian berkahwin. Malahan sifat penyayang dia melebihi saya. Saya takde keyakinan Hamim motivate. 

Saya tak sihat Hamim jaga. Saya tak larat Hamim bantu kerja rumah dan memasak. Saya down Hamim sentiasa ade untuk saya pinjam bahu dan nanges.

Saya sejenis manusia yang cepat stress dan baran(biasalah perempuan, pendek akal). Perkataan yang terkeluar jangan cakaplah! Tapi dia masih sabar dan berlembut suara. Kesabaran yang dia tunjukkan tu yang membuatkan saya terdidik dan malu sendiri.

Tahniah suami hebat!

Kat sini saya nak beritahu kepada mereka yang merasa rendah diri atas keadaan tubuh badan dan paras rupa, saya adalah testimoni yang berjaya untuk tepis mulut mulut busuk dan memenangi hati lelaki yang baik.

Lelaki tak pandang susuk badan dan paras rupa. Mereka pun macam kita. Perlukan kasih sayang dan ihsan dalam rumah tangga. InsyaAllah.

Terima Kasih "Hamim".


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.