Header Ads

Tidak Habis Berjual Di Bazzar Ramadhan ,Peniaga Bertindak Memberi Sedekah Lebihan Barang Niaga .Tapi Apa Yang Diberi Seperti Memberi Makanan Buangan Je Lagi




Pernah tak kita terfikir makanan yang tidak habis seharian berjual di bazaar ramadhan ?
Adakah mereka simpan dan akan dijual esok hari lagi ?
Berapa banyak yang dibuang atau berapa banyak yang disedekah ?

Terpanggil untuk berkongsi bersama dan membuka mata semua masyarakat .
Ini adalah komen ustaz dari tahfiz yang menerima sedikit sedekah dari peniaga bazaar ramadhan 


Inilah rezeki moreh anak-anak tahfiz yang acap kali terjadi tetapi dunia luar kurang maklum. Kuih-muih yang tidak habis dijual di bazar di hantar ke madrasah-madrasah dalam keadaan si penjual berebut-rebut hendak pulang berbuka.
Para pelajar tetap bersyukur kerana mereka dididik begitu. Tetapi kami para guru dan pengurusan hampir mengalirkan air mata. Saya amat sarankan jika anda hendak beri sesuatu seperti makanan khususnya, berilah yang terbaik untuk anak-anak ini. Belilah atau berilah yang segar dan bukan sisa-sisa. In shaa Allah pasti rezeki anda berkat dan dilimpahi rahmat.

Kalau korang yang terima cara sedekah yang macam ni ,agaknya apa dalam pemikiran korang semua? Pasti dalamhati terdetik ,"tidak ikhlas kah pemberi ini sampai sebegini rupa cara pemberiannya "dan pelbagai lagi yang terlintas dihati dan fikiran masa tu.

Buat peniaga yang tidak kehabisan barang jualan , sedekah sepatutnya diberi sebelum berniaga , baru ada datang keberkatan dalam berniaga -www.kakishare.my-


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.