'Acah-Acah Suci Diri' - Makin Panas! Hafiz Hamidun Perli Isteri Dalam Instagram?
Nampaknya isu rumah tangga Hafiz Hamidun semakin hari semakin panas! Terbaru Joy Revfa telah memuat naik satu status di laman Instagram yang menjadi bualan netizen. Malah ianya seperti menceritakan sedikit dan bayangan apa yang berlaku dalam rumahtangga mereka.
Dalam status tersebut, Joy ada menyentuh beberapa perkara yang dilihat menjadi perkara utama mengapa isu ini berlarutan. Rata-rata netizen bertindak mengecam tindakan Joy yang dilihat seperti menggunakan sosial media untuk meluahkan perasaan sedangkan netizen menganggap perkara tersebut boleh dibawa berbincang secara matang.
Sejurus status tersebut menjadi viral di kalangan peminat, Hafiz Hamidun telah tampil meninggalkan komen yang mendakwa isterinya tersebut seperti 'acah-acah suci'.
Selepas itu Joy juga dilihat membalas komen tersebut. Walau bagaimanapun, Hafiz telah memadam status tersebut namun netizen sempat mengambil paparan skrin komen tersebut.
Tambah menarik lagi apabila ada netizen tampil dengan pelbagai kisah dari kedua-dua belah pihak. Macam-macam tuduhan dilemparkan sekaligus membuatkan perkara ini diselesaikan secepat mungkin.
Menurut seorang netizen dengan katanama @kakbibi menuduh perkahwinan Joy sebelum ini dengan seorang Datuk dilakukan di Siam dan tidak sah kerana masih belum mendaftarkan perkahwinan di Malaysia.
Malah tuduh netizen tersebut status perceraian Joy juga agak samar kerana mengikut undang-undang perkahwinan Joy sebelum ini masih lagi tidak berdaftar secara rasmi di Malaysia.
Dan bagi sebelah pihak pula ada yang menuduh Hafiz Hamidun sebagai seorang lelaki 'kunyit' dan tidak pernah menyentuh Joy sejak dari malam pertama lagi.
Semoga Hafiz dan Joy dapat berbincang agar hal rumah tangga mereka dapat diselesaikan secara baik dan matang tidak kira apa juga masalah yang dihadapi.
FACEBOOK HERBAL RIMBA
Post a Comment