Header Ads

Aksi Kumpulan Pencari Hantu Lari Tak Cukup Tanah Buat Netizen Terhibur




Sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki pergi ke rumah usang di waktu malam untuk mencari hantu menjadi bualan hangat di media sosial sejak semalam.

Menerusi video berdurasi 2 minit itu, kelihatan salah seorang dari kumpulan lelaki tersebut menendang kayu rumah usang yang sudah reput sambil mendongak ke dalam rumah itu untuk mencari hantu.

Tindakan mereka yang pada mulanya berani tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya apabila salah seorang dari mereka yang sedang membuat rakaman video tanpa sengaja terakam penampakan makhluk yang mungkin dicari-cari oleh mereka. 

Sebaik sahaja terdengar rakan mereka tiba-tiba menjerit, "Astaghfirullahalazim", kumpulan lelaki tersebut terus membuka "langkah seribu".

Saksikan video ini hingga ke akhir rakaman.


Video tersebut secara tidak langsung mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata merasakan kejadian itu sebagai satu perkara yang lawak. 

Fuhhh! Seram sejuk juga kalau kita sendiri berada di tempat mereka. Kesimpulannya kalau nak jadi "team paranormal", ilmu kenalah penuh didada bukan boleh main redah je. 

- www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.