Joy VS Hafiz, Kini Bekas Suami Joy Pula Campur Tangan, Apa Hal Pula Ni?
Panjang betul rentetan kontroversi membabitkan rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun. Terbaru, Hafiz, 33, menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa sikap terburu-burunya untuk berkahwin menjadi punca utama rumah tangganya dengan Siti Arifah Amin atau Joy Revfa dihentam badai.
"Perkara ini bukan disebabkan ada yang kata saya terburu-buru atau terdesak nak berkahwin, pada saya perkenalan lima bulan itu adalah masa yang cukup.
"Saya kenal bulan Januari, bertunang bulan Mac dan berkahwin bulan Mei. Saya fikirkan untuk bercinta selepas berkahwin dan bukan berkawan saja-saja.
"Kalau tidak melambat-lambatkan kerja itu semuanya boleh berjalan seperti biasa dan tidak terjadi isu seperti ini. Ini tidak, banyak sangat alasan yang diberikan Joy," kata Hafiz.
Malah, Hafiz turut meminta pihak yang melabelkannya sebagai 'kunyit' untuk menampilkan bukti.
"Kalau ada pihak yang buat tuduhan seperti itu dan melabelkan saya dengan gelaran tersebut, dia perlu bertanggungjawab dan kemukakan bukti.
"Jika berlakunya unsur-unsur yang tidak tepat, saya anggap itu fitnah. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan atau saman," katanya kepada Astro Gempak.
Terdahulu, Joy memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka tidak sah.
Difahamkan, Joy Revfa yang pernah berkahwin sebelum ini hanya mendapatkan pengesahan cerai pada 13 Julai 2017 sedangkan dia dan Hafiz bernikah pada 1 Mei 2017.
Sementara itu, bekas suami Joy, Datuk Ray Imran mempersoalkan motif penyanyi itu memanjangkan kontroversi rumah tangganya, lapor Berita Harian.
"Saya terkejut, apa motif Hafiz yang masih memanjangkan isu ini. Kalau betul dia sayang Joy, perkara ini tidak akan timbul.
"Saya rasa ada sebab lain yang cuba diselindung Hafiz," katanya kepada BH Online.
Ray atau nama sebenarnya Mohd Rayos Abdul Rahim pelik bagaimana Hafiz boleh meragui status hubungan mereka walaupun sudah berbulan madu sambil menjayakan program terbitan syarikat televisyen swasta di Taiwan, baru-baru ini.
"Sudah pergi berbulan madu di Taiwan, kenapa ragu-ragu? Jika benarlah Joy tidak pandai memberikan kerjasama menyelesaikan masalah, dia sebagai suami perlu bertindak lebih matang," katanya.
Semoga kemelut melanda pasangan itu dapat diselesaikan segera. Malulah tayang masalah rumah tangga di khalayak umum. - www.kakishare.my
FACEBOOK HERBAL RIMBA
Post a Comment