Header Ads

Wanita Terkinja-Kinja Tengok Putera Mateen Dikecam Netizen




Penangan Putera Abdul Mateen yang datang ke Malaysia untuk menyertai temasya Sukan SEA 2017 memang betul-betul hebat.

Rakaman video yang tersebar di media sosial baru-baru ini adalah sebagai bukti yang menunjukkan anak ke-10 Sultan Brunei itu memang 'hot' dan menjadi perhatian ramai dan dari siapa lagi kalau bukan dari golongan wanita kan!

Disebabkan video tersebut jugalah, ramai yang mendakwa wanita Malaysia tak tahu malu kerana menjerit-jerit dan terkinja-kinja bila melihat putera raja itu.

Bagaikan dirasuk, semuanya berebut-rebut nak bergambar sambil tak sudah-sudah memanggil nama "Prince Mateen, Prince Mateen."

Tak cukup di Facebook, seorang wanita di Twitter pula ada memuat naik status pengalamannya bertentang mata dengan Putera Mateen. 

"Putera Mateen sangat kacak, kulitnya, keningnya, matanya, hidungnya. Ovari saya macam nak pecah!"


Macam biasa, wanita ini turut dikecam kerana dikatakan melebih-lebih dan bagai tidak bermaruah kerana menunjukkan 'kegatalan' terang-terangan.

Ramai netizen yang marah dan menggelar golongan wanita seperti ini sebagai "gatal biji". Amboi sampai begitu sekali.

Namun tak kurang juga yang memberi balasan dengan menyokong kenyataan wanita tersebut yang Putera Mateen sememangnya seorang yang kacak dan boleh mencairkan hati sesiapa pun.


" Kalau aku depan dia pun menjerit macam ni rasanya."
" Bukan jerit sebab gatal bijik, ini putera raja hokey, siapa yang tak excited."
" Putera Mateen memang sempurna alahai, tengok jela video tak perlu kata perempuan merenyam bagai."


Putera Mateen akan mewakili skuad polo dalam pertandingan yang berlangsung di Putrajaya Equestrian Park pada 22 hingga 29 Ogos ini.

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.