Header Ads

"Suami Ku Sendiri Kata Aku Tiada Seri Lagi" - Isteri Kongsi Kisah 'Rampas' Kembali Suami Yang Suka Makan Luar




Sekadar sebuah perkongsian semata. Kadang-kadang bila terbaca tentang kes-kes rumah tangga orang lain hati ini rase sayu. Bukan nak menyebelahkan kaum wanita semata.. Namun wahai lelaki tahukah anda sebagai isteri tiada apa yang diharapkan selain kesetiaan serta kejujuran?? 

Setakat susah senang kami selaku tulang rusuk kiri tak penah kesah pun janji kepercayaan yang diberi tidak disalah gunakan. Aku sendiri penah merasa dan melalui. Saat tahun pertama perkahwinan mengandung, bersalin, berpantang serta membesarkan anak sendirian, aku ditipu. 

'Genap 10 Kali Rumah Tangga Goyah'

Dan tidak dinafikan layanan aku terhadap suami juga umpama melayani seorang adik atas faktor kesibukan mencari nafkah untuk kehidupan. Sebab tu aku x pernah salahkan takdir.

Orang tak akan rasa ape yang kami rasa serta lalui. Aku dah terbiasa hidup sendiri hingga aku mudah mengalah. Setiap ujian yang datang tidak akan lebih dari 10x untuk aku pertahanakan. Masuk tahun ini adalah ulang tahun perkahwinan kami yang ke lima. Genap 10x rumah tangga aku goyah. 

Telefon suami aku pun pakai password dan bila aku dapat tahu password suami aku, time suami aku tengah mandi terus buka telefon tengok perbualan dengan perempuan tu. Bersayang bagai, cerita itu ini pasal aku dan sebagainya. Apa lagi aku pun ambil telefon ambil gambar conversation itu dan aku tunjuk dekat suami aku. Memang suami aku mengamuk juga lah namun aku tetap siapkan makanan minuman buat suami aku atas dasar tanggungjawab terhadap suamiku. 

Apa yang menyedihkan lagi, siap berbalas mesej bersayang-sayang lagi tu. Hantar gambar yg bukan-bukan pastu hantar ayat yang menghampiri lucah(bagi aku agak lucah la juga). Siap ada kiss-kiss bagai. Tak faham apa yang orang laki ni nak sebenarnya. 

Mak aku sabar je dan banyak kali minta cerai siap suruh suami aku kahwin je dengan perempuan tu tapi suami aku tak nak lepaskan dan berjanji tidak akan buat lagi. Ia hanya sekadar kata-kata namun tetap mengulanginya . Aku bukan nak cerita buruk pasal suami aku tapi aku rasa stress.

'Suami Kata Aku Tiada Seri Lagi'

Namun aku tetap akan pertahankan rumah tangga aku demi anak aku yang masih kecil ini. Aku risau jika anak aku ini membesar tanpa kasih sayang seorang bapa. Selama ini aku cuba berikhtiar untuk mengembalikan suami supaya lekat dirumah. Ketika aku sedang membaca kisah rumah tangga orang lain ada satu komen yang sangat menyentak perasaan aku. 

Mungkin apa yang suami aku lakukan adalah kerana kesilapan aku sendiri? Aku cuba untuk berbincang dengan suami aku apa yang dia mahukan. Memang betul kadang-kadang aku penat setelah seharian bekerja aku menguruskan kanak-kanak. 

Bila malam aku akan terus tidur dan akan menolak setiap kali suami aku ingin bersama. Suami aku bukanlah inginkan setiap hari cuma seminggu sekali tapi itupun aku berasa penat. Malah aku pun mula menjadi kusam dan kulitku tidak bermaya. 

Suami aku juga ada mengatakan yang aku tiada serinya lagi. Malah jika ketika bersama pun aku tidak memberi sebarang respon kerana terlalu penat. Aku buntu memikirkan masalah aku ini. Aku harus cari jalan penyelesaian supaya suami aku kembali kepada pangkuan keluarganya. 

Alhamdulillah, berkat kesabaran aku diberi jalan keluar terima kasih kepada rakan baik aku yang sering memberi semangat dan nasihat supaya bersabar dengan setiap ujian yang menimpa. Rakan baik ku ini dengan baik hati telah membelikan aku minuman kesihatan khusus untuk wanita-wanita seperti aku. 


Dalam seminggu aku mencuba minuman kesihatan itu dan akhirnya aku berasa terdapat perubahan dalam diriku. Berkat doa dan kesabaran, suami aku turut merasai perubahan yang berlaku. Dan lepas ini aku akan beli sendiri Amora Lady Juice dari Elmisha. Memang sangat berbaloi dan berkesan. 

Aku sarankan kepada wanita-wanita di luar sana untuk mencuba minuman kesihatan Amora Lady Juice ini. Untuk info lanjut boleh hubungi stokis dan agen-agen di laman Facebook El Misha Official - AMORA



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.