Header Ads

Pecah Rekod, Pematah Hati Dua Hari Cecah 1 Juta.



KUALA LUMPUR, 1 Disember: Hanya mengambil masa dua hari sahaja, muzik video terbaharu penyanyi Nabila Razali menerusi lagu Pematah Hati mencecah 1 juta tontonan.

Lebih membanggakan, muzik video yang menampilkan pelakon Aedy Ashraf itu sehingga kini selesa berada di tangga ke #3 carta Trending Youtube Malaysia sejak semalam.

Mengulas mengenai kejayaan itu, Nabila berkata, dia tidak menyangka penerimaan baik terhadap muzik video itu daripada peminat dan ia kejayaan manis buat dirinya sepanjang bergelar penyanyi.

Malah penyanyi berusia 25 tahun ini terharu dengan komen-komen positif mengenai hasil muzik video itu yang disifatkan bertaraf antarabangsa.

Nabila turut berterima kasih kepada sokongan peminat terhadap single terbaharunya itu selain memberi komen positif terhadap muzik videonya itu.Pematah Hati adalah ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini dan Ezra Kong.

-www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.