Satu Malaysia Ditipu, Budak Perempuan 14 Tahun Diculik Van Putih Ditemui Bersama Teman Lelaki
Kakishare : Pada mulanya kami amat terkejut dan tidak mahu mengambil serius berita ini, namun memandangkan ia dimuatnaik oleh laman yang berkaitan polis jadi kami ambil serius dakwaan ini.
Sebuah laman media sosial ‘Pertubuhan Anak Polis Malaysia (PAPM)‘ telah memuatnaik satu status menceritakan kejadian sebenar kes penculikan kanak-kanak 14 tahun di Klang, Amirah Athirah.
Memetik dari laman tersebut:
“Selamat Tahun Baru 2016, admin ingatkan tk nak marah2, tp di awal tahun baru ni admin mmg rasa nak maki budak bernama Nur Amirah ni, mmg cela%a nya budak..penipu..
Untuk pengetahuan dan makluman semua, budak nama Amirah tu sudah berjaya ditemui oleh sepasukan pasukan khas yg dibentuk, dia didapati telah keluar dengan TEMAN LELAKI YANG BARU DIKENALI selama seminggu dan ikut tidur dirumah suspek.
So sekarang kita sendiri tahu bagaimana manipulasi emosi memainkan peranan bagi mengiyakan sesuatu tindakan.
Mmb ba alip ba ya Nur Amirah…ba alip ba ya kau ni..
Menyusahkan polis dan orang ramai
-NZ-“
Laman sosial ini mendakwa sebenarnya adik Amirah lari bersama teman lelaki yang baru ditemuinya dan mereka cerita bahawa dia diculik. Kisah kanak-kanak ini menjadi viral sehingga menarik perhatian akhbar dan televisyen.
Kami tidak berpuashati dengan berita ini dan cuba menghantar sistem pesanan ringkas kepada pegawai polis yang berkaitan dengan kes ini. Kami sedang menunggu respon beliau berkaitan isu ini.
Sebarang maklumbalas akan kami kemaskini disini. Update
Shah Alam: Remaja perempuan yang mendakwa diculik dari rumahnya di Bandar Sultan Suleiman, Klang, Ahad lalu, Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, ditemui selamat bersama lelaki dipercayai teman lelakinya di depan stesen minyak di Banting, 8 malam tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, remaja itu dan lelaki terbabit ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejakinya di dalam kereta.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa sengaja mengadakan cerita dirinya diculik.
"Kita berjaya menjejakinya sejak tengah hari semalam dan mengekorinya hingga ke Putrajaya sebelum menahan kedua-duanya di depan stesen minyak terbabit malam tadi.
"Mangsa dikatakan buat begini kerana hendak bebas namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Dalam kejadian Ahad lalu mangsa disedari hilang selepas ibunya pulang ke rumah, kira-kira 2 petang.
Ibu mangsa yang berusia 33 tahun cuba mencarinya di beberapa kawasan berhampiran serta menghubungi anaknya namun gagal sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sultan Suleiman Isnin lalu.
Kes berkenaan menjadi viral selepas mangsa menghubungi kakak angkatnya memaklumkan dia diculik di kawasan rumah dengan menggunakan van putih.
Perbualan antara mangsa bersama kakak angkatnya yang berdurasi 3 minit 43 saat itu tersebar secara meluas di laman sosial.
Mangsa mendakwa ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru.
Sementara itu Abdul Samah berkata, sebelum ini kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik namun pihaknya akan membuka kertas siasatan baru berhubung penemuan berkenaan.
Katanya, kedua-duanya kini masih ditahan untuk siasatan lanjut.

Post a Comment