Header Ads

7 Petua Kecantikan Che Ta Amalkan Untuk Kekal Cantik



Semakin berumur semakin bergetah. Itulah yang boleh kita katakan untuk pelakon Rozita Che Wan. Walaupun umurnya semakin meningkat tapi wajahnya semakin cantik. Selalu musykil kan apa produk yang Che Ta pakai dan apa petua yang Che Ta amalkan.

Dah tak payah nak runsing-runsing, kami kongsikan dengan anda 7 petua kecantikan yang Che Ta amalkan. Sebab tu lah dia cantik tertarik memang da bomb !

• Che Ta sentiasa menghargai kecantikan dan jangan pernah dengki pada kecantikan orang, ia akan terserlah pada wajah.

• Barang kosmetik yang Che Ta wajib ada ialah bulu mata palsu, bedak dan gincu. Kalau tidak bersolek hanya kenakan gincu saja.

• Untuk rambut pula kalau mahu elakkan rambut beruban, mandi badan terlebih dahulu, biar badan terasa sejuk kemudian baru basahkan kepala.

• Che Ta tak amalkan sebarang diet. Tapi kalau berat badan dah mula naik dia akan kurangkan pengambilan makanan berat daripada 3 kali sehari makan nasi mungkin sekali atau dua sahaja.

• Nak ramping ? Che Ta hanya amalkan sit ups untuk kekal perut kempis. Takdanya nak pakai bengkung atau girdle.

• Che Ta pakai make up sememangnya cantik, tak pakai pun cantik.
Siang dia amalkan penjagaan asas seperti mencuci, menyegar, serum dan krim siang. Malam pula cukup sekadar mencuci, serum dan krim malam. Kalau rajin pakai lah peel off mask.

• Cara traditional pula untuk dapat wajah cantik lepas cuci wajah, lap wajah dengan tisu bukan dengan kain. Kemudian selalu letakkan kuning telur pada kapas dan tekap pada wajah sebagai pupur.

Kredit:gegar.thr.fm




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.