Header Ads

Anak Billionair Telan Belanja RM3.92 Billion, Pakai Gaun 11 KG Untuk Majlis Perkahwinan



Rusia - Satu majlis perkahwinan anak kepada billionair Rusia, Said Gutseriev dengan seorang pelajar 20 tahun minggu lalu dilaporkan menelan belanja sebanyak USD$1 billion (RM3.92 billion).

Said Gutseriev, 28 dan Khadija Uzhakhovs diraikan di dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran mewah itu turut dihiburkan oleh penyanyi terkenal Jennifer Lopez dan Enrique Iglesias.

Pengantin turut mengenakan gaun yang dianggarkan bernilai RM98,117 yang diimport khas dari Perancis dan seberat 11 kilogram.







Majlis itu dipenuhi oleh 600 tetamu yang dijamu dengan masakan eropah, sushi serta kek perkahwinan lapan tingkat.

Forbes melaporkan, billionair Mikhail Gutseriev adalah seorang muslim kelahiran Kazakhstan yang mempunyai kekayaan bernilai RM24.31 billion.

Pengantin lelaki, yang juga anak kepada billionair tersebut, dilahirkan pada tahun 1998 dan mendapat pendidikan di Harrow dan Oxford dalam bidang arkeologi dan geologi manakala pengantin perempuan pula merupakan pelajar tahun pertama di Moscow State Universiti dalam bidang perubatan dan pergigian. 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.