Header Ads

Bella Dally Mahu Majlis Perkahwinan Serba Ringkas





Sudah bertunang dengan Nazim Othman tahun lalu dan sudah 60 peratus melakukan persiapan perkahwinan, Bella Dally bagaimanapun berkata beliau tidak pernah terfikir untuk mendapatkan tajaan daripada mana-mana pihak.
Buat Bella, beliau hanya menginginkan sebuah majlis yang ringkas dan berharap tiada pihak yang membandingkan majlis perkahwinan beliau nanti dengan selebriti lain.


Saya suka majlis yang ringkas dan bermakna, maksudnya biarlah majlis perkahwinan itu nanti boleh memberi kegembiraan kepada kami dan keluarga. Apabila ahli keluarga gembira, sudah pasti saya gembira. Janganlah bandingkan majlis saya kelak dengan artis lain kerana setiap orang ada cita rasa masing-masing.
Soal tajaan buat masa ini masih belum ada lagi, tetapi saya tidak fikirkan soal itu sangat.

Ramai sebenarnya sudah tidak sabar untuk melihat pasangan ini bersanding di atas pelamin, walaubagaimanapun Bella dan Nazim enggan lagi mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka.
Insya-Allah tidak lama lagi, jangan risau kalau sudah selesai semuanya kami akan kongsi dengan orang lain.

Lama juga Bella Dally dan Nazim Othman bercinta, harapnya segala perancangan mereka untuk berkahwin berjalan dengan lancar.



Sumber:BeautifulNara


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.