Jadi Inilah Rahsia Disebalik Kejayaan Jutawan Cantik Ni.. SUBHANALLAH !
Sebenarnya dia adalah wanita yang sangat berjaya dalam bidang perniagaan cenderahati dan hadiah.
“Saya bertuah kerana pekerja turut membantu menaikkan nama syarikat, malah mereka tidak jemu menolong saya mengukuhkan perniagaan ini,” katanya sambil menambah, syarikat berkenaan menghasilkan pelbagai produk termasuk botol air, tuala, baju korporat dan bingkai gambar.
Biodata ringkas mengenai beliau :-
Dato' Hajjah Shareen Al Mashoor
Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Pahang bersempena dengan hari keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Pahang.
Mempunyai dua anak.
CEO of PRESTASI MERIAH SDN BHD Corporate Premium Gift Factory.
CEO of SAM BEAUTILOGY LAB.
Alumni UUM yang berjaya.
Produk syarikatnya bukan saja mendapat tempat dalam kalangan syarikat ternama di negara ini, malah di luar negara termasuk Hong Kong, United Kingdom, Iraq dan Bahrain.
Antara produk produk yang dihasilkan :-
'Merendah diri dan konsep islamik dan juga keberkatan'
Dato Shareen juga dianggap antara jutawan yang sangat merendah diri.
Apa yang pasti, mesti ramai diluar sana yang tertanya-tanya apakah tips dan rahsia kejayaan "dato cantik" ini sehingga beliau mampu berdiri seperti hari ini. Seorang ahli perniagaan yang cukup berjaya!
Tidak akan pernah terfikir amalan yang sebegini hebat dipraktikkan oleh Dato Shareen seperti membuka sekolah untuk anak-anak yatim. Kebanyakan mereka adalah anak-anak pelarian atau pendatang asing dari Rohingya, Kemboja, Myamar, Thailand, dan Indonesia.
Katanya, "ada yang mempunyai ibu bapa tetapi disebabkan terlalu daif sehingga tiada bekalan makanan. Jadi kita ambil dan beri peluang untuk belajar supaya ada harapan untuk mereka mencari pekerjaan yang sah dimasa hadapan."
"Saya bukan hanya memberi bantuan dari segi kewangan sahaja tetapi saya juga meluangkan masa bersama mereka seperti memasak serta mengajar kelas tambahan untuk mereka."
Katanya lagi, "walaupun kehidupan saya serba lengkap dengan kejayaan syarikat PMGIFT yang saya usahakan selama 16 tahun ini tetapi saya masih perlu bekerja keras mencari rezeki kerana anak-anak angkat saya hampir 600 orang.
Oleh itu saya akan buat satu lagi perniagaan kosmetik yang mana sebahagian dari hasil jualannya akan digunakan untuk membiayai anak-anak ini."
“Restu ibu juga sangat penting apatah lagi doa ibu paling mujarab untuk kejayaan anak. Malah, jika saya mempunyai masalah, saya maklumkan ibu terlebih dulu. Selepas berbual dengan ibu, barulah lega hati saya,” katanya sambil berpesan kepada golongan muda supaya sentiasa berusaha untuk menggapai kejayaan.
#DATOCANTIK
#DATO CANTIK
#JUTAWAN MUDA
Post a Comment