Header Ads

Pak Arab Tahu Khasiat Sebenar Susu Unta, Tapi Sengaja Tak Sebarkan !




Khasiat Susu Unta Sunnah merupakan satu lagi rahsia makanan sunnah yang diamalkan oleh para nabi dan ambia.

Khasiat susu unta sunnah dan manfaat dari susu unta dinikmati oleh masyarakat Arab yang mempercayai bahawa susu unta mempunyai berbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan. 

Selain itu, mereka juga percaya bahawa susu unta ini dapat mencegah datangnya penyakit misalnya penyakit jantung, diabetes atau penyakit yang lainnya. Bagi warga Arab, mungkin minum susu unta merupakan hal yang lumrah dan bukan suatu hal yang baru.

Tapi bagi rakyat malaysia, mungkin merupakan suatu hal yang baru. Bila dibandingkan dengan susu lembu atau susu kambing, pada susu unta tidak terdapat perbezaan yang banyak sekali dari segi rasa dan kandungannya. 

Seperti susu lembu, susu unta juga boleh terus diminum. Susu unta dapat diminum langsung setelah membuang buihnya. Meskipun rasanya sedikit lebih masin dari susu lembu, susu unta tidak menimbulkan rasa yang pelik. Harganya memang lebih mahal dari susu lembu, namun hal itu sebanding dengan banyaknya manfaat susu unta yang boleh didapati.

Susu unta juga mempunyai khasiat yang luar biasa. Pada zaman dahulu, orang-orang Arab akan minum susu untuk merawat perbagai penyakit seperti sakit perut, edema (bengkak), masalah hati, asma, sesak nafas dan kencing manis. Ia juga dapat menguatkan gigi dan menjaga gusi kerana di dalam susu unta terdapat vitamin C.

Berdasarkan penyelidikan para pakar dan ilmuwan, didapati di dalam susu unta terdapat asid amino yang susunannya menyerupai susunan hormone insulin.

Susu unta juga mempunyai kadar lemak yang sedikit, antara 1,2-2,8%.selain itu, ia juga memiliki kandungan yang mampu melawan racun dan bakteria. Di sebalik khasiat susu unta yang luar biasa, ternyata di dalamnya terdapat kadar susu yang sangat tinggi mencapai peratus antara 84-91%. Tidak ada mana-mana susu pun dapat menyamai kadarnya. Susu unta juga mampu bertahan sehingga 12 hari. 

Terbaru sebuah syarikat anak melayu melancarkan satu produk yang berasaskan susu unta tulen dan pelbagai perasa di Malaysia. Jika anda berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi ajen boleh ke Facebook Camelus Brand.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.