Header Ads

PAS-IKATAN Blok Baru Pakatan Pembangkang




KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengumumkan pembentukan blok pakatan baharu pembangkang bersama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Ia merupakan blok ketiga selain Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pakatan baharu itu mendukung prinsip dan pendekatan tidak ekstrem selain terus memperjuangkan pemerkasaan Perlembagaan mengikut lunas-lunas Islam.

"Kami menolak pendekatan ekstrem dan membangkang secara melulu.

"Waktu lawan (PRU), kita lawan, tetapi waktu lain kita akan dekati kerajaan untuk nasihat mereka supaya perbaiki kelemahan serta kesilapan," katanya dalam sidang media pengumuman penubuhan pakatan baharu itu hari ini.

Sementara itu, Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menafikan bahawa gabungan itu dipersetujui untuk 'menumpang' kekuatan PAS.

Beliau mengaku Ikatan merupakan parti baharu, bagaimanapun prinsip yang dibawa PAS seiring prinsip partinya.

"Terlalu banyak masalah yang berlaku dalam negara kita dan kita tidak ada masa untuk terus berlawan demi menegakkan agenda masing-masing.
"Tumpuan kita adalah untuk bergerak segera selesaikan masalah rakyat," ujarnya.

Sumber:Astro Awani,Kini TV


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.