Header Ads

Pemain Dram Kumpulan Lefthanded Meninggal Dunia




Pemain dram kumpulan Lefthanded yang dikenali dengan nama Man Dayak, meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam tadi selepas mengadu sesak nafas. Vokalis kumpulan itu, Nash, ketika dihubungi BH Online, memberitahu Allahyarham Man Dayak atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Othman, 54, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

 "Saya mendapat panggilan tengah malam tadi dan terus bergegas ke rumah arwah di Skudai Kiri, Johor. "Syukur saya sempat sampai dan bersama rakan-rakan termasuk Man Kidal menguruskan jenazah arwah," katanya yang sedang mengendalikan urusan memandikan jenazah. Nash berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, Jalan Tampoi, Johor Bahru. Nash berkata, arwah adalah sahabat yang berbakat besar dalam bidang muzik.

"Arwah membuat keputusan berhenti daripada kumpulan Lefthanded kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan. "Beliau mempunyai jiwa yang besar dan fokus dalam melakukan sesuatu kerja. Arwah juga antara pemain dram terbaik negara," katanya.

Selain Nash, Man Dayak dan Man Kidal, Lefthanded turut dianggotai Yan dan Allahyarham Samad yang meninggal dunia pada tahun 2008 pada usia 45 tahun.

Sumber:BHOnline


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.