'Saya Mahu 100 Anak, Mudah Mudahan Anak Anak Saya Akan Bantu Saya Masuk Syurga '
Pakistan: Seorang doktor di bandar ini yang mempunyai 35 anak dari tiga isteri merancang untuk memiliki 100 cahaya mata kerana percaya anak yang ramai boleh membantunya masuk ke syurga.
Jan Mohammad, 43, berkata, untuk mencapai cita-citanya itu dia kini mahu mencari gadis untuk menjadi isteri keempatnya secepat mungkin.
“Saya mahu mempunyai 100 anak dan dengan izin Tuhan, anak-anak saya akan membantu saya masuk ke syurga,” katanya.
Tiga isteri Jan, Bibi Naz Gul, 32, Noor Bibi, 28, dan Hayat Bibi, 25, sudah melahirkan 14 anak lelaki dan 21 anak perempuan.
Dua isterinya baru melahirkan bayi perempuan beberapa minggu lalu, tetapi Jan sudah merancang untuk berkahwin sekali lagi.
Sumber : Harian Metro
Post a Comment