Instagram Mat Salleh Viral Kerana Cuba Berbahasa Melayu
Mungkin kerana sudah jatuh cinta dengan Malaysia, seorang Mat Salleh memuat naik gambar-gambarnya di Instagram dengan bahasa melayu.
Kerana keunikan itu, akaun Instagram Rhys William kini menjadi viral di laman Twitter.
Apa yang lebih menarik, Rhys dilihat menulis kapsyen-kapsyen di Instagramnya dengan bahasa Melayu yang sempoi seperti "Mohon jangan kecam", "jangan cakap aku poyo" dan juga mengunakan hashtag seperti #ciaciacia.
Di profil instagramnya Rhys menulis "Cuma seorang ‘mat salleh’ jalan-jalan di Malaysia".
Apa yang pasti, kapsyen-kapsyen dari Rhys agak mencuit hati apabila dibaca.
Post a Comment