Kejayaan Dato Shareen Al Mashoor Dalam Perniagaan Jarang Orang Lakukan !
Sharifah Shareen Syed Rahman Al-Mashoor, bermula dari kosong, dan kini memiliki kilang sendiri.
Niat untuk meneruskan perniagaan ayahnya beliau meninggalkan jawatan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Wanita lulusan Universiti Utara Malaysia dalam bidang hubungan antarabangsa dan diplomatik ini membuat keputusan melepaskan jawatannya selepas setahun bekerja sebagai PTD. Ketika itu usianya berusia 23 tahun namun dia perlu mengambil alih perniagaan walaupun tanpa sebarang modal besar . hanya berbekalkan RM 10 untuk keperluan harian pada waktu itu, Wanita berimpian besar ini menanamkan hasrat untuk mengubah nasib diri dan keluarganya.
Ujarnya, “Saya pulang ke kampung di Pulau Pinang dan cuba sedaya upaya mengembangkan perniagaan. Ketika itu syarikat kecil arwah ayah hanya bermula dari rumah, malah belum berdaftar. Jadi saya pun mendaftarkannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.”
“Selepas pendaftaran syarikat, saya mula berfikir cara untuk membangunkan syarikat. Bukan saja tiada pengalaman, modal pun tiada ketika itu,” katanya.
Namun, dia berasa cukup bertuah kerana arwah ayahnya mempunyai ramai kenalan. Lantas dia menghubungi kenalan arwah ayahnya, bertanyakan sama ada mereka mahu membeli produk daripada syarikatnya sebagai hadiah kepada pelanggan mereka.
Dia bersyukur kerana ramai yang berminat, namun hakikatnya, dia langsung tiada modal untuk menghasilkan barangan tempahan pelanggannya itu.
“Produk pertama yang kami hasilkan ialah 1,000 kaki payung, namun ia perlukan modal RM25,000. Justeru, saya maklumkan kepada pelanggan bahawa syarikat kami tiada wang sebanyak itu,” katanya.
Tidak dapat digambarkan rasa syukurnya kerana pelanggan sanggup mengeluarkan modal. Hasil keuntungan itu, dia menggunakannya sebagai modal permulaan untuk mengeluarkan pelbagai barangan lain dan akhirnya berjaya mengukuhkan syarikatnya.
Hampir 14 tahun menceburkan diri dalam perniagaan mengeluarkan barangan cenderahati untuk syarikat korporat, dia bersyukur kerana usaha gigihnya selama ini berbaloi.
Terfikir untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur, Sharifah Shareen berkata, semuanya bermula dua tahun lalu apabila dia mengambil keputusan berhijrah ke ibu kota kerana mahu mencabar diri dan mencari peluang perniagaan yang lebih besar.
Ketika mula-mula berkunjung ke Kuala Lumpur, dia langsung tiada kenalan untuk mengembangkan rangkaian perniagaannya. Ketika itu dia menawarkan produk keluarannya di beberapa syarikat saja.
Berkat kesabarannya, syarikatnya mendapat tawaran mencetak baju untuk satu program besar-besaran yang tentunya menjadi kenangan manis dalam hidupnya.
“Dengan wang itu, saya mampu memiliki sebuah kilang sendiri di Kota Damansara dan mengupah beberapa pekerja yang turut komited melakukan tugasan harian.
“Saya bertuah kerana pekerja turut membantu menaikkan nama syarikat, malah mereka tidak jemu menolong saya mengukuhkan perniagaan ini,” katanya sambil menambah, syarikat berkenaan menghasilkan pelbagai produk termasuk botol air, tuala, baju korporat dan bingkai gambar.
Produk syarikatnya bukan saja mendapat tempat dalam kalangan syarikat ternama di negara ini, malah di luar negara termasuk Hong Kong, United Kingdom, Iraq dan Bahrain.
Laman sosial media beliau :-
Instagram : www.instagram.com/datoshareenalmashoor

Facebook : www.facebook.com/shareenalmashoor
Posted by PM GIFT on Monday, April 4, 2016
Laman web : www.shareenalmashoor.com
Fb syarikat : https://www.facebook.com/pmgift
Post a Comment