Header Ads

Kerajaan Kanada Beri Status Pelarian Kepada Gay, Aties Malaysia



Kanada - Kerajaan Kanada menerima permohonan status pelarian seorang rakyat Malaysia yang secara terbuka mengaku dirinya seorang gay dan aties.


Keputusan itu dibuat oleh Lembaga Imigresen dan Pelarian Kanada selepas sesi pendengaran selama 20 minit semalam.

Pelajar dari Universiti Winnipeg, Hazim Ismail, yang bimbang akan keselamatan dirinya jika dihantar pulang ke Malaysia, amat terharu dengan keputusan itu.

“Saya rasa sangat sangat dihargai dan dicintai,” kata Hazim sebagaimana lapor MalaysiaKini.

Peguam Hazim, Bashir Khan berkata Hazim kini mempunyai status "orang dilindungi" dan oleh kernan itu tidak boleh dihantar pulang ke Malaysia.

Hazim akan menerima keputusan bertulis keputusan itu dalam tempoh tiga hingga enam minggu yang membolehkannya memohon taraf penduduk tetap di negara itu.

Keluarga Hazim dilaporkan tidak lagi membiayai pendidikan Hazim selepas mendapati dia seorang gay dan ateis.

Bagaimanapun sebuah kempen dinamakan GoFundMe dianjurkan Disember lepas bagi membantunya membayar yuran.

Berdasarkan gambar-gambar di media Kanada, beliau yang sering hadir bersongkok, mendapat sokongan masyarakat setempat. - Siakapkeli.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.