Header Ads

Komando Mohd Daud Karim Punya Daya Survival Tinggi – Netizen



Koperal Mohd Daud Karim, 26, dianggap Netizen sebagai seorang yang mempunyai daya survival yang tinggi kerana masih selamat walaupun dipukul teruk oleh empat orang serta digari dan dihanyutkan di sungai.

Menurut Harian Metro, beliau yang merupakan anggota komando Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang dipercayai menyelam dalam tempoh yang lama dalam sungai yang dikatakan banyak buaya sebelum timbul ke permukaan dan merangkak ke tebing.



Salah seorang yang menemui dan menenangkan beliau di tebing sungai, hanya dikenali sebagai Abang J, memberitahu yang dia sedang bersarapan dengan beberapa orang penduduk kampung di sebuah kedai apabila seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun berlari memberitahu mengenai Daud.

Budak itu kata ada orang kena pukul dekat tepi sungai, Saya terus naik motorsikal dan menuju ke tebing sungai. Saya nampak ada dua penduduk kampung sudah berada di sisi mangsa.

Bagaimanapun, seorang pun tidak mahu menolong pegang dia. Saya kasihan melihat dia kerana kepalanya berdarah akibat beberapa luka yang panjang manakala tangannya bergari pada kaki kiri.

Sementara itu, mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak juga dikatakan mengenali empat lelaki yang menyerangnya. Menurut sumber, empat lelaki itu juga merupakan anggota tentera dan suspek utama merupakan seorang pegawai berpangkat lebih tinggi yang bekerja di tempat yang sama dengan mangsa. Mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah menaiki motorsikal setelah menghabiskan kerja perkeranian di pejabat pada pukul 1.00 pagi.

Menurut sumber itu juga, sebalik saja mengetahui mangsa masih selamat, keempat-empat mereka telah menghilangkan diri. Mereka kini sedang diburu polis.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.