Header Ads

Tindakan Pelik Pakar Bedah 'Masuk Tangan Dalam Perut'



Pakar bedah menggunakan teknik pintar untuk menyelamatkan tangan seorang lelaki daripada dipotong dengan memasukkannya ke dalam ‘saku’ pada perutnya.


Doktor mengambil keputusan menanam tangan kiri Carlos Mariotti di dalam perutnya selepas menyalutnya dengan sapuan pelindung kulit setelah pekerja kilang itu mengalami kemalangan yang menyebabkan semua kulit pada tangannya tersiat.

Lelaki berusia 42 tahun itu yang menetap di Orleans, selatan Brazil, perlu menyimpan tangannya di dalam perut itu selama enam minggu.

Pakar bedah Boris Brandao yang melakukan pembedahan pelik itu berkata: “Mariotti mengalami kecederaan yang menyebabkan hanya sedikit kulit tinggal pada tangan kirinya.

“Untuk menyelamatkan tangannya yang cedera itu, kami membuat ‘saku’ pada perutnya, menanggalkan semua kulit tangannya sebelum memasukkannya ke dalam saku itu.”

Sumber : Harian Metro


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.