Header Ads

Kagum Dengan Jutawan Ni, Buat Perkara Jarang Orang Buat..Subhanallah..



Di Malaysia ramai yang sudah menjadi jutawan berkat dengan usaha tersendiri. Kebelakangan ini ramai usahawan melayu bergelar jutawan dengan produk kosmetik dan barang kesihatan.

Tak dinafikan kejayaan mereka wajar dipuji dan dicontohi kepada usahawan yang baru nak 'up'.

Disamping mengecapi kejayaan di dunia, ramai kalangan daripada usahawan bergelar jutawan ini turut melakukan amal kebajikan untuk mengumpul 'saham akhirat'.

Bagi Dato Shareen Al Mashoor, jutawan cenderamata dan hadiah korporat, Beliau mempunyai cara tersendiri :- 


Memilih untuk menaja tanpa balasan

Jika pertandingan nyayian pasti senang nak dapat sponsors, hadiah pulak bukan calang calang kereta sebiji atau wang RM 100ribu sudah pasti dalam tangan... manalah tak berkobar kobar semangat anak anak muda kita yang sememangnya nak kan kerja yang senang sahaja.. malah ibu bapa pun sangat memberi sokongan moral dan sanggup bergolok bergadai nak bawa anak ke uji bakat.

Pertandingan Hafazan Al Quran pulak jangan kan nak dapat hadiah hebat sebegitu nak masuk pun kena yuran rm10 sebab nak tanggung kos2 yang terlibat.. Sponsors pulak takde ROI (Return of Incestment) value, apatah lagi tiada stesen TV dan akhbar yang cover. Inilah masalah yang sering kami hadapi...

Mengadakan Pertandingan Hafazan Al-Quran

Tapi Allah sentiasa buka jalan tak pernah menghampakan harapan untuk membahagiakan anak anak anak bakal Al hafiz dan jalan kearah pemeliharaan dan meningkatkan sinar Al Quran ini...Alhamdulilah kali ini tiada yuran dikenakan kepada para peserta. Kalah menang semua bawa balik hadiah sebab nak menjadi suntikan semangat buat kawan kawan lain yang tidak masuk pertandingan kali ini..

Mencari Keuntungan Di Dunia dan Akhirat

Memang betul pemilihan pelaburan yang tepat sangat penting untuk memastikan ia beroleh keuntungan tapi ada pelaburan yang kita wajib buat dahulu pasti keuntungan datang dengan cara yang tak di duga. Keuntungan dunia akhirat...

Yakin dengan Janji Allah

Sebagai businessman bohonglah jika saya kata saya tak.pernah ada masalah kewangan.. 
ada pasang surut..yang takde sapa boleh bantu sebab melibat nilai besar jutaan ringgit.. 
tapi adaaa ja cara Allah hantar bantuan cara yang tak disangka sangka atau sangat sangat diharapkan... 
dan saya yakin inilah berkat investment yang tak.nampak "return" nya tadi. 
Allah ganti balik melimpah ruah sampai kdg kdg saya pun tertanya tanya ishh apalah ibadah atau kebaikan yg saya buat sampai dapat macam.ni sekali... 
rupa rupanya mungkin bukan ibadah kita tapi keberkatan doa doa.mereka yang kita bahagiakan... InsyaAllah. YAKIN YAKIN YAKIN.
Sedekah/pemberian ikhlas itu pembuka pintu segala rezeki.
Maaflah jika ada yang tak suka tapi inilah cara saya yang marhain sahaja...

Semoga usaha Dato Shareen ini diberkati dan dilimpahi rezeki lebih banyak lagi serta dicontohi oleh usahawan usahawan yang lain.

Sumber : Sharifah Shareen Almashoor


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.