Header Ads

Kanak Kanak Panjat Pagar Jatuh Dalam Kandang, Gorila Ditembak Mati



Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mengalami detik-detik mencemaskan apabila terjatuh ke dalam kandang gorila di sebuah zoo di sini semalam dan diheret oleh haiwan itu selama kira-kira 10 minit.


Pengarah Zoo Cincinnati, Thane Maynard berkata, kejadian terbabit berlaku di Zoo Cincinnati kira-kira pukul empat petang waktu tempatan apabila kanak-kanak yang tidak dinamakan itu memanjat pagar kandang gorila tersebut sebelum terjatuh ke dalam parit.

Maynard menambah, gorila berusia 17 tahun bernama Harambe kemudiannya turun ke dalam parit tersebut dan mengheret mangsa di sekitar kandang untuk tempoh 10 minit.

Jelasnya, kanak-kanak itu berada turut dikepit oleh gorila seberat lebih 180 kilogram tersebut, sekali gus boleh mengundang bahaya kepada nyawa mangsa.

“Pasukan khas zoo dikerah ke lokasi kejadian dan terpaksa membunuh gorila yang mempunyai berat lebih 180 kilogram itu untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit daripada dicederakan.

“Kami tidak boleh menggunakan ubat pelali kerana kesannya memakan masa dan terpaksa menggunakan peluru hidup untuk membunuh gorila tersebut,” katanya sambil menambah pihaknya tidak pernah berdepan situasi sedemikian.

Kanak-kanak terbabit kemudiannya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil. – AFP



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.