Header Ads

Kerana Kecewa Dimadu, Isteri Tua Curi Duit Suami RM80K, Buat Laporan Palsu



Gara-gara tidak berpuas hati hidup bermadu, seorang isteri tua tergamak mencuri wang tunai RM80,000 milik suami sendiri sebelum membuat laporan polis palsu memberi­tahu wang tersebut lesap dilari penyamun dekat Mahsan di sini kelmarin.


Difahamkan, wanita itu mencuri duit tersebut untuk dihantar kepada keluarganya di Sabah selepas kecewa dengan suaminya seorang warga Pakistan yang berniaga perabot berkahwin lagi satu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, suri rumah ber­usia 47 tahun itu datang ke Balai Polis Bandar Seri Jempol di sini pada pukul 5.30 pagi kelmarin dan membuat laporan kononnya dia menjadi mangsa samun di rumahnya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.