Header Ads

Netizen Sokong Usaha Aliff Syukri, Anggap Keputusan KFA Merugikan



Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak berniat mengguris perasaan atau memperkecilkan mana-mana pihak, susulan penolakan tajaan Syarikat D'Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd. (D'Herbs), Rabu lalu.


Sebaliknya, Presidennya Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, keputusan KFA dibuat kerana kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan, berikutan ada syarat yang dikemukakan D'Herbs untuk tajaan bernilai RM30 juta itu, tidak dapat ditunaikan.

Dalam sidang media khas hari ini, Pengasas D'Herbs Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata, beliau amat kecewa dan terkilan ekoran dakwaan KFA yang mengatakan beliau memaksa persatuan itu mendapatkan tanah seluas kira-kira 60 hektar di Pokok Sena, sebagai balasan kerana menaja KFA.

Aliff berkata, tanah terbengkalai sejak 2008 itu sebenarnya dicadangkan sendiri kerajaan negeri untuk dibangunkan sebagai Bandar D'Herbs, taman tema dan zoo melalui usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri.

Kebanyakkan netizen yang rata ratanya rakyat Kedah sendiri tidak bersetuju dengan tindakan KFA.

Antara komen netizen di Facebook.









No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.