Header Ads

Urat Hijau Ditangan Boleh Sebabkan Kematian Mengejut, Nah Ini Fakta Sebenarnya !



Sejak beberapa hari lalu viral perkongsian seorang lelaki di laman Facebook tentang bahaya jika urat hijau timbul di kaki, tangan dan pipi secara tiba-tiba. Post tersebut mendapat lebih 8000 share di Facebook. 

Dakwanya situasi ini boleh menyebabkan kematian mengejut jika tidak diberi perhatian serius. Sejauh mana kebenaran perkongsian tersebut? Berikut jawapan balas kepada ‘teori’ ini.


Terpanggil dengan isu ini, sebuah laman Facebook Pseudoscience Watch tampil memperjelaskan fakta sebenar disebalik urat hijau yang timbul di sekitar anggota badan.

Mengikut individu ini, ia mengatakan jika pada tengah malam anak anak, anak gadis dan isteri anda tiba tiba muncul urat hijau pada tangan, kaki dan pipi, maka peluklah mereka kerana mereka boleh pergi secara tiba2.

DAN YG PALING PENTING, SAPULAH MINYAK GAHARU.

Ada beberapa point utama hendak kami ceritakan

1) Urat hijau kat tangan memang sesuatu yg normal. Ianya dinamakan vena iaitu saluran darah yg membawa darah drpd tisu badan ke jantung balik utk dipam ke paru paru agar proses mengoksigenkan darah itu berlaku. Nothing special about this. Tak caya mlm nanti tgk isteri korang punya tangan, mesti ada urat hijau tersebut.

2) jika mengikut physiology badan, bila kita stress, kecewa, ketakutan dan sebagainya, badan kita akan masuk ke dalam satu mode dinamakan sebagai flight or fight mode. Dimana dalam mode ini, sympathetic nervous system akan diaktifkan dan penghasilan norepinephrine berlaku. System ini diaktifkan sebagai langkah utk berjaga jaga ketika hendak melarikan diri disebabkan takut ataupun utk berlawan. Salah satu fungsi norepinephrine ini pula adalah utk pengecilan lumen(lubang) saluran darah. Oleh itu, sepatutnya dalam keadaan takut, saluran darah vena selalunya akan mengecut bukan mengembang

3) Scientific research mengatakan disebabkan darah tinggi dan kencing manis yg serius?? Abang belajar kat mana bang??

Mana ada org terkejut tengah tengah malam dan rasa kecewa disebabkan kencing manis ataupun darah tinggi. Takde siantifik research cakap mcm tu pun. Tipu je ko

4) Pastu tiba tiba cerita pasal jin. Sedangkan urat hijau tu benda normal lah. Adohai

5) Ingatkan kenapalah dia mention sapu minyak gaharu mula mula tadi. Rupanya dia jual minyak gaharu.Tahi tak perangai dia?

Tak salah nak jual produk tapi kita kena bertanggungjawab fakta yang kita berikan. Orang ramai dahagakan ilmu yang sahih tapi bila jadi macam ni…hmm.

Sumber : Pseudoscience Watch


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.