Header Ads

Yatt Hamzah Dikritik Sengaja Tunjuk Baik



Pelakon, Yatt Hamzah tidak memandang kritikan yang dilempar sebagai satu masalah kerana dirinya sudah lali dengan bidasan netizen terhadapnya. Bagi Yatt, dia lebih memilih untuk berdiam diri dan tidak ingin melayan mahupun berbalah dengan sesetengah pihak yang sentiasa mencari kesalahan dririnya.


Gara-gara kerap berkongsi cara kehidupan Islam menerusi sosial media, ada dikalangan netizen tidak senang dan menyampah sehingga melabel pelakon ini sebagai  Yatt Sejadah disebabkan pada pandangan mereka pelakon ini sekadar ingin menunjuk kebaikan untuk menutup keburukan diri sendiri.

" Biarlah apa mereka hendak cakap. Malas mahu melayan atau berbalah dengan orang yang mempunyai mentaliti begini. Lagipun dari dulu lagi saya sering menjadi mangsa kritikan. Lebih baik saya ambil pendekatan tidak ambil serius dengan setiap isu berkaitan diri. Masyarakat sering menyalah anggap bahawa wanita berhijrah atau bertudung juga manusia yang akan buat kesalahan dalam hidup.”

Tambah Yatt, tiada langsung niat ingin menunjuk-nunjuk, namun segala foto yang dimuat naik sekadar ingin berkongsi dan memberi inspirasi kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, Yatt hadapi segala kritikan ini dengan tenang dan hanya membiarkan ianya berlalu pergi.




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.