Header Ads

Berbelas Ribu Orang Hadir Di Majlis Pengebumian Muhammad Ali



Kakishare.my - Satu dunia dikejutkan dengan berita pemergian lagenda tinju dunia, Muhammad Ali pada 4 Jun 2016. Pada awal pagi tadi berlangsungnya upacara peringatan dan pengebumian Muhammad Ali.

Dikatakan orang yang hadir cecah berbelas ribu. Upacara juga dilakukan mengikut cara Islam.

Diceritakan oleh Fuad Akmal :-








Semalam saya mengikuti proses pengebumian lagenda tinju dunia ‪#‎Muhammad_Ali‬ secara live menerusi perkhidmatan internet. Alhamdulillah, saya mendapati pihak Zaytuna College telah diberikan keistimewaan untuk mengurus proses pengebumian ini.

Apa yang saya rasa kagum dengan mereka ialah proses pengebumian ini telah mendapat liputan meluas oleh sebahagian petugas media antarabangsa. Kehadiran sejumlah besar masyarakat komuniti Islam U.S dan masyarakat Non-Muslim U.S yang telah datang sebagai tanda untuk memberikan penghormatan terakhir kepada #Muhammad_Ali. Turut tidak ketinggalan juga ialah kehadiran beberapa VVIP ke dalam majlis pengebumian ini.

Maka peluang ini telah digunakan oleh beberapa pemimpin komuniti Islam U.S seperti Syaikh Hamzah Yusof, Imam Zaid Shakir, Prof Dr Sherman Jackson untuk menyampaikan mesej dakwah Islam kepada mereka. Imam Zaid Shakir telah diberikan amanah untuk mengimami solat jenazah manakala Syaikh Hamzah Yusof telah diberikan tugas untuk menterjemahkan dan menghuraikan ayat-ayat al-Quran di hadapan para tetamu yang hadir. Prof Dr Sherman Jackson telah memberikan ucapan di hadapan semua tetamu yang hadir dengan mengisahkan hubungan manusia dengan penciptaNya. Sehebat mana pun seseorang manusia itu, pasti ianya akan menemui penciptaNya satu hari nanti.

Masya-Allah, #Muhammad_Ali inilah manusia yang hidup dan matinya telah menjadi asbab kebaikan untuk orang lain. Semoga Allah menempatkan beliau di sisi golongan yang semasa hayat mereka suka melakukan kebaikan.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.