Header Ads

Hanya Ikut Langkah Mudah Ini Dan Menangi Barangan Toshiba Bernilai RM2500



Syawal menjelang dan inilah masanya untuk menyerlahkan kediaman anda sebelum rakan taulan dan sanak saudara datang bertandang…semestinya dengan rangkaian produk Toshiba! Kini anda lebih mudah memiliki mana-mana produk Toshiba dengan kempen Hari Raya terbaharu Toshiba, Tak Payah lah Drama! Raya Kan Mudah Dengan Toshiba. 


Berita baik kepada pelanggan, anda hanya perlu membeli produk Toshiba terpilih daripada rangkaian yang ditawarkan, dan layak mendapatkan hadiah percuma istimewa, seperti beg makanan bertebat, bekas makanan 3 tingkat dan penyesuai berbilang.

Semua produk audio-visual dan peralatan rumah Toshiba kini juga didatangkan pada harga yang lebih menarik dengan promosi bersama antara Toshiba dan AEON.  Menerusi Skim Ansuran Mudah AEON, para pelanggan akan menikmati 1 bulan ansuran percuma, tempoh pembiayaan sehingga 36 bulan dan penangguhan bayaran bulan pertama.

Selain promosi Hari Raya Tak Payah lah Drama! Raya Kan Mudah Dengan Toshiba, Toshiba juga telah melancarkan beberapa produk baharu, termasuk TV Digital Siri L36, peti sejuk Inverter Siri H dan sebilangan peralatan rumah kecil terbaharu.

TV Digital Siri L36 Toshiba didatangkan dengan skrin sebesar 32" 40”, 43”, 49" dan 55".  Rangkaian TV ini dimuatkan dengan ciri-ciri hebat seperti ENJIN CEVO, Sambungan MHL (Mobile High-Definition Link / Pautan Definisi Tinggi Mudah Alih) dan PVR (Personal Video Recording / Rakaman Video Peribadi).

Peti sejuk Siri H baharu Toshiba dengan Teknologi Inverter menjanjikan penjimatan tenaga yang hebat, dan dilengkapi ciri-ciri menarik seperti Crisper Moisture Control baharu. Crisper Moisture Control merangkumi Speedy Cooling Mode dengan penyejukan terus dan cepat untuk memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran kekal segar dan rangup, sementara Moisture Keeping Mode mendinginkan udara di sekeliling Laci Crisper untuk membantu memastikan lembapan berada pada tahap melebihi 90% supaya makanan tahan lebih lama dengan kesegaran optimum.

Sempena Aidilfitri ni juga, buat pertama kalinya Toshiba Malaysia bekerjasama dengan viners, iaitu Zukieeeee menghasilkan video bagi memeriahkan lagi raya bersama Toshiba.



Beliau tengah popular sekarang ni. Bagi yang tak tahu, nama beliau Zukieeeeee popular dengan video pendek  atau dikenali sebagai vine. Boleh kata dalam ramai ramai viner , beliau paling menyerlah dan berjaya mengubah hidup secara total serta menjadikan ia sebagai satu kerjaya.

Mesti nak tahu kan macam mana nak menang peraduan tersebut ?

Senang je, hanya ikut step dibawah ni !

1. Tekan LINK ini.

2. Isi butiran mengenai anda.

2. Tengok video dan jawab soalan mudah.

4. Share dan invite kawan kawan join.

5. Nama Pemenang akan diberitahu melalui Facebook Toshiba. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.