Header Ads

Honda Civic Dilancarkan, Harga Bermula RM111k



Kakishare.my - Honda Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan model segmen C baharu menerusi Honda Civic generasi ke-10 sebentar tadi.

Honda Civic ditawarkan dengan tiga varian di mana dua daripadanya menggunakan enjin 1.5 liter pengecas turbo dan satu lagi adalah 1.8liter.





Enjin 1.5 liter pengecas turbo menyalurkan 173PS dengan tork setinggi 220Nm.

Bagi rangkaian kuasa 1.8 liter pula menghamburkan 141PS, manakala 174Nm bagi kuasa torknya.

Jentera yang menerapkan reka bentuk coupe dijual pada RM113,800 bagi varian 1.8 S; RM127,800 (1.5 Turbocharger) dan RM135,800 (1.5 Turbocharger Premium) harga termasuk insurans.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.