Header Ads

Lelaki Hampir Buta Lepas Kena Baling Telur Rebus



Kakishare.my - Seorang lelaki hampir buta selepas dilontar dengan telur rebus ketika berbasikal ke tempat kerjanya, lapor Metro.uk

Dylan Watt lebam teruk di matanya selepas seorang penumpang dalam sebuah kereta melemparkan telur kepadanya.

Britain - Lelaki berusia 37 tahun dimasukkan ke hospital selepas matannya tidak boleh dibuka serta bengkak dan kini memerlukan rawatan susulan dengan harapan dapat membantunya mendapatkan semula penglihatannya.



Bapa kepada dua anak itu berkata, selepas serangan dia mengalami pendarahan yang agak banyak.

"Saya sedang berbasikal menuruni bukit di laluan basikal namun secara tiba-tiba saya terasa pukulan di kepala.

"Saya berasa sangat sakit dan terkejut. Kesan mungkin teruk kerana saya memakai cermin mata," katanya.

Berikutan serangan, Dylan berkata, dia takut untuk berbasikal.

"Saya fikir laluan basikal adalah selamat dan tidak pasti sama ada akan berbasikal lagi untuk ke tempat kerja," ujarnya.

Sementara itu, polis sedang mengesan kereta jenis Peugeot 205 atau 305 yang dilihat semasa serangan di Crowthorne.

Pegawai Polis, Ben Eastment berkata, Ini adalah perbuatan pengecut yang menyebabkan kecederaan mata yang sangat serius malah mangsa terpaksa melakukan rawatan susulan bagi menyembuhkan penglihatannya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.