Header Ads

'Persiapan Dah Hampir Selesai, Sedia Jadi Suami' - Saharul Ridzwan




Baru-baru ini pelakon Saharul Ridzwan mengakui beliau bakal menamatkan zaman bujangnya selepas Aidilfitri ini. Namun, Saharul enggan mendedahkan siapakah bakal isterinya dan cuma memberitahu wanita berkenaan merupakan kenalan lama beliau yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Ramai yang bertanya tarikh sebenar pernikahan beliau tetapi buat masa ini Saharul ingin merahsiakannya.

Walaubagaimanapun, Saharul memberitahu persiapan perkahwinan beliau hampir selesai dan beliau sudah bersedia untuk bergelar suami.

Cukuplah setakat ini orang tahu yang saya akan kahwin selepas raya nanti. Tarikh atau lokasi memang belum dapat didedahkan hingga masanya tiba.

Lagipun saya tidak mahu terlalu beriya-iya kerana kita sekadar merancang, Tuhan yang menentukan.

Dari segi persiapan segala-galanya hampir selesai malah saya sendiri sudah sedia memikul tanggungjawab sebagai suami terutama dari segi bimbingan kerohanian.

Sumber Berita : BH ONLINE



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.