Header Ads

Program Ritual Cium Tapak Kaki Dan Junjung Rambut Nabi Dikecam Khalayak Netizen



Satu program iaitu Lantunan Mahabbah Rasulullah di Dewan Besar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) pada Jumaat lepas. Program itu bagaimanapun mendapat kritikan Netizen kerana dianggap menunjukkan ketaksuban melampau yang boleh membawa kepada syirik.


Poster majlis tersebut mengajak umat Islam untuk bukan sahaja melihat, malah memegang, mengucup dan menjunjung athar Muhammad yang dipamerkan, seperti rambut, bekas tapak kaki dan pedang baginda.

Para pengunjung juga digalakkan memakai pakaian serba putih untuk kemuncak malam tersebut yang bermula pada 10.00 malam. Bagaimanapun, kesahihan kesemua artifak tersebut tidak dapat dipastikan.

Program itu dianjurkan bersama oleh MBAS, Yayasan Restu, Ibn Sina Institutes, dan Majlis Mahabbah Rasul Malaysia.




Sehubungan itu, semalam, Jabatan Mufti Kedah telah mengeluarkan satu kenyataan media memberitahu ia tidak mempunyai kaitan dengan majlis itu. Kata Mufti Kedah Datuk Syeih Muhamad Baderudin Ahmad dalam kenyataan itu:

Program ini telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat mengenai tindakan pihak berkenaan dalam mengambil tabarruk terhadapt athar Rasulullah.

Perlu ditegaskan bahawa Jabatan Mufti Negeri Kedah tidak pernah mengeluarkan sebarang persetujuan atau sokongan rasmi terhadap program ini. Oleh itu, tidak wajar jabatan ini dikaitkan dengan penganjuran program tersebut.



Salah seorang Netizen telah membuat perbandingan gambar tapak kaki yang dipamerkan di Kedah dengan yang dipamerkan di Turki yang jelas berbeza dari segi saiz, menyebabkan kesahihan artifak diragui.





No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.