Header Ads

'Saya Masih Berkawan Baik Dengan Shahir, Tidak Pernah Tahu Urusan Peminangan' - Erra Fazira



Kakishare.my - Nampaknya kisah di antara Shahir AF dan juga Erra Fazira masih lagi tidak habis-habis diperkatakan sehinggalah baru-baru ini kedengaran pula khabar angin bahawa jejaka berkenaan akan mengikat tali pertunangan selepas raya nanti.


Bagaimanapun perkara tersebut yang kini hangat diperkatakan di laman sosial dinafikan sendiri oleh Erra. Melalui BH Online, Erra turut menjelaskan bahaa mereka kini masih lagi berhubung namun enggan bercerita lanjut mengenainya.

“Hujung tahun lalu pernah tersebar gosip Shahir dikatakan bakal menghantar rombongan meminang, tetapi tiada apa yang berlaku. Kali ini, sekali lagi perkara yang sama dibangkitkan kononnya kami akan bertunang selepas raya nanti. Jawapan saya masih sama iaitu tidak benar”

“Saya masih berkawan baik dengan Shahir, tetapi tidak pernah mengetahui mengenai urusan peminangan seperti yang diperkatakan. Jika benar kami akan bertunang, sudah pasti saya akan tahu segala perancangan Shahir,” katanya.

Selain tidak menolak jodoh jika ditakdirkan bersama Shahir, Erra juga menafikan bahawa dia menjadi punca kepada karier Shahir yang dilihat semakin perlahan. 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.