Header Ads

Suasana Sayu Saat Arwah Menantu TPM Dikebumikan [10 Gambar]



Kakishare.my - Jenazah menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, 44, yang meninggal dunia semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar, di sini, kira-kira jam 10 pagi ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi jenazah di Surau An-Nur, Country Heights, sebelum solat jenazah disempurnakan ratusan jemaah.











"Takziah kepada keluarga Datuk Seri Ahmad Zahid_Hamidi atas pemergian menantu beliau, Datuk Syed Alman Zain.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah," kata Najib dalam catatan di laman Twitter dan Facebook beliau.

Ahmad Zahid baru tiba di tanah air selepas melakukan lawatan kerja ke Jepun.

Beliau dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis menyambut ketibaan Najib dan Rosmah di surau itu kira-kira jam 8.45 pagi.

Syed Alman Zain, suami kepada anak sulung timbalan perdana menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, meninggal dunia susulan rawatan gigi di Bangsar semalam.

Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik pada kira-kira jam 6 petang semalam

untuk mendapatkan rawatan gigi bersama seorang rakannya sebelum tidak sedarkan diri.

Menurut seorang anggota keluarga, Allahyarham dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan meninggal dunia. - Bernama


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.