Header Ads

Elak Disembur Arak, Khairul Idham Pawi Dipuji Netizen



Kakishare.my - Juara kali kedua perlumbaan motosikal dunia Moto3 Grand Prix (GP), Khairul Idham Pawi sekali lagi mengelak semburan arak ketika menjulang piala di Jerman.

Memetik rakaman sebuah video, Khairul Idham atau lebih dikenali sebagai Keon dilihat segera meninggalkan podium apabila tiba upacara wajib setiap kali pemenang diraikan di atas podium iaitu acara semburan arak.


Keon dilihat lebih berjaga-jaga untuk melarikan diri sebaik sahaja usai nyanyian lagu Negaraku dimainkan.

Selepas tamat upacara nyanyian lagu, dia kelihatan segera melompat dari atas podium dan dilihat cuba berlari ke belakang pentas bagi mengelak terkena semburan arak.

Langkah Keon itu, rata-rata mendapat pujian netizen yang mengatakan Keon tidak lupa akan prinsip Islam yang dibawanya.

"Syabas anak muda, langkah awak itu menjadi contoh kepada anak muda lain," demikian ujar Kamal.

Sementera menurut Intan pula, Keon dilihat sentiasa menjaga maruah diri sebagai seorang Islam.

"Alhamdulillah, kalau patuh perintah ALLAH, ALLAH akan jaga kamu‎," tulisnya di laman sosial.

Sementara Syaiful pula menzahirkan rasa bangga dengan sikap yang ditunjukkan Keon atau nama panggilannya yang lain KIP.

"Alhamdulillah, Islam sentiasa dipelihara olehmu anak muda," katanya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.