Header Ads

Henti Sebar Fakta Tidak Sahih Kes Kematian 3 Beranak di Kota Samarahan



Kakishare.my - Polis meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan fakta yang tidak sahih dan membuat sebarang spekulasi berhubung kematian tiga beranak di Kampung Baru, Kota Samarahan, malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Dev Kumar menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial berkaitan kematian tiga beranak terbabit.


Katanya, antara dakwaan di media sosial ialah wanita terbabit sudah dibunuh terlebih dulu sebelum digantung, ada kesan lebam di muka wanita terbabit dan lidah tidak terkeluar seperti kebiasaan orang mati tergantung dan sim card daripada telefon bimbit sudah dikeluarkan terlebih dulu.

"Pandai betul reka cerita... semua cerita yang dibuat tidak benar.

"Kita siasat bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana si ibu sudah membunuh kedua-dua anaknya," katanya kepada Harian Metro.

Dev berkata, laporan bedah siasat akan diketahui bagi mengetahui punca sebenar kematian tiga beranak terbabit dan sehingga itu jangan buat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Dalam kejadian malam Selasa itu, mayat Rohana Mohamad, 37 ditemui tergantung dalam tandas rumahnya, manakala anaknya dipercayai dibunuh dengan Adam Hadiman Noorahman, 7 ditemui maut terbaring dalam sebuah bilik dan adiknya Mohd Ikmal Danish Noorahman,4 dalam keadaan kritikal meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.