Saya rangkul pinggang dan kami berpegangan tangan - Kata Suami Adira Dengan Selamba
Kakishare.my - Walaupun menyedari risiko yang bakal dihadapinya apabila keluar berduaan secara terangan bersama pelakon, Ruhainies, Datuk Seri Adnan Abu tidak mengambil pusing dengan perkara itu kerana merasa senang dengan kehadiran wanita itu. Pada masa yang sama, beliau turut meluahkan keinginannya untuk menjadikan Ruhainies sebagai isteri ketiga jika ditakdirkan.
“Saya dan Ruhainies tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Tetapi saya akui sukakan dia. Apabila saya merangkul pinggang dan kami berpegangan tangan, saya anggap dia juga mempunyai perasaan yang sama. Nak buat macam mana, tangan saya seperti ‘automatik’ pula. Ini namanya saya sendiri yang mencari bala. Saya berasakan sama seperti dalam cerita P Ramlee pula”.
“Saya seorang yang jujur dan akan meminta izin kepada isteri-isteri jika mahu berkahwin lagi. Lagipun bukannya saya buat perkara yang tidak elok. Cuma dalam hal ini, Adira sudah mengetahui tentang hal ini kerana beberapa wartawan sudah menghubunginya. Cuma Datin Red yang belum tahu. Risau juga apa reaksinya,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.
Menerusi video yang tersebar meluas itu, Ruhainies dan Dato red kelihatan begitu mesra sekali ketika berjalan berduaan di pusat membeli belah terkemuka, Pavilion baru-baru ini. Dalam rakaman berkenaan juga, Dato Red kelihatan merangkul pinggang wanita itu ketika menaiki tangga bergerak selain kedua-duannya berpegangan tangan dengan mesra di pusat membeli belah itu.
Sebelum ini, Ruhainies ada mengeluarkan kenyataan dimana beliau merasakan ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memerangkapnya dengan sengaja mengambil video itu ketika pinggannya dirangkul oleh Dato Red. Selain itu, beliau turut menuduh Dato Red menjadi dalang kepada kontroversi ini berlaku dengan mengupah seseorang untuk mengambil video terbabit.
Post a Comment