Header Ads

Filem Silenced (2011) Berjaya Membongkar Jenayah Pedophilia Di Korea




Tentang isu pedophilia yang melanda sebuah sekolah tahfiz, aku agak cerita dia lebih kurang sama dengan kisah benar yang berlaku di Sekolah OKU, daerah Gwang-Ju Korean Selatan, tahun 2005.

Ya. Ini kisah benar, siap dibuat novel lagi. Dan, novel ini bestseller lalu terjadi la filem yang berjudul ‘Silenced’ (filem ni tahun 2011).



Sebab apa aku kata kisah ini lebih kurang sama?

Pertama – Watak pelakunya adalah seorang yang dihormati (pengetua Ja Ae School) seorang yang suka melakukan amal kebajikan, berpengaruh dalam masyarakat, seorang yang termulia dalam agamanya sehingga masyarakat tidak sedar ‘kebisuan’ pihak polis dan jabatan pendidikan telah memerangkap kanak-kanak bisu dan pekak (mangsa gangguan seksual) dalam undang-undang tidak adil.

Akhirnya, pengetua dan guru yang menganiayai pelajar ini  hanya diberikan hukuman penjara beberapa tahun dan dibiar bebas!

Kedua – Pihak masyarakat yang tidak mahu bekerjasama. Agensi-agensi berkaitan yang lepas tangan.

Sebab? Ya. Mereka kanak-kanak pekak dan bisu, jadi tidak perlu dibicarakan.



Sinopsis pendek

Mengisahkan guru baru, In Ho yang ditugas untuk mengajar subjek seni di Ja Ae School.

Mula-mula masuk sekolah ni lagi brader ni rasa tak sedap hati, sebab selalu terdengar jeritan-jeritan aneh.

Tapi, bila pengawal asrama tu kata, “biasalah, kanak-kanak di sini bosan, sebab tu menjerit. Diorang pekak, makin kuatlah bunyi jeritan mereka.”

Namun, lama-kelamaan rahsia ‘di asrama’ ini terbongkar apabila In Ho bertemu dengan Yeon Doo (mangsa pedophilia, perempuan) yang mula menyingkap kejahatan pengetua di sekolah tu.

Mangsa ni bisu dan pekak jadi dia guna bahasa isyarat dengan In Ho. Agak menyeramkan, dia dengan polos cerita satu persatu apa yang dilakukan oleh pengetua tu di bilik air kepadanya.

“Siapa lagi yang melakukan pencabulan ini?” – tanya In Ho.
“Guru lain juga ada melakukan hal yang sama kepada pelajar lelaki.” – Yeon Doo.

In Hoo dan rakannya, Yoo Jin berusaha keras nak bawa kes ni ke muka pengadilan. Tapi, konflik dari jabatan pendidikan dan pihak polis tetap tidak mahu bekerjasama.

Keadaan agak sulit bila kementerian pendidikan ‘memenangkan’ mereka yg bersalah. Ya. Ya, ini disebabkan pengaruh pengetua tu begitu besar dalam masyarakat setempat.

Jadi, In Ho terpaksa guna stesen tv swasta untuk mendapat perhatian masyarakat dan membela nasib mangsa pedo tu.

Akhirnya, kes gangguan seksual di Ja Ae School di angkat ke mahkamah.
Pengetua dan guru hanya di penjara beberapa tahun.

Ya, sistem yang tidak adil sebab mereka orang yang ada nama dan pangkat. Endingnya, salah seorang mangsa pedo lelaki mati ketika mahu membalas dendam (membunuh guru yang menganiayainya, dulu)

Kisah nyata, selepas kisah ni diangkat menjadi filem ‘Silenced’, kes ni mula mendapat liputan antarabangsa dan perbicaraan yang tertangguh sekian lama diangkat ke mahkamah semula. Dulu, kes ni ditutup.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.