Ibu Mengandung Keguguran Selepas Memakan Buah Durian
Buah durian memang mempunyai kelazatan tersendiri yang hampir setiap orang tidak boleh menafikannya terutama penggemar durian.
Jadi bagaimana pula dengan wanita hamil. Sebuah kisah yang di petik dari laman facebook mengenai kisah seorang isteri kepada seorang askar yang sedang sarat mengandung begitu teringin(mengidam) memakan durian sebelum bersalin.
Suaminya mengatakan bahawa isterinya itu telah memakan dua biji buah durian (bukan dua ulas).
Selepas dia memakan durian tersebut, tubuhnya terasa panas kemudian dia pun meminum air cap badak untuk menyejukkan badan.
Tidak lama selepas itu anak dalam perutnya bergerak dengan pantas berpusing serta menendang-nendang dan keadaan tersebut agak lama berlaku tetapi secara tiba-tiba bayi dalam kandungannya berhenti secara mengejut.
Dia kemudian dikejarkan kehospital namun ketika bersalin doktor mendapati anak dalam kandungannya sudah meninggal dunia.
Bagi yang ingin mengetahui, berikut adalah kesan memakan durian bagi ibu yang mengandung.
Sebabkan bayi lahir cacat.
Keguguran.
Cacat janin.
Mengalami penyempitan pembuluh darah yang mengakibatkan darah tinggi
Mengalami kolestrol yang boleh mengakibatkan sakit jantung dan stroke.
Mengalami Preeklamsia (pembengkakkan seluruh badan terutama muka.
Lahirkan bayi dengan berat dan badan besar(tidak normal)
Janin kekurangan oksigen
Bayi kekurangan darah
Sama-samalah kita menjadikan kisah ini sebagai teladan dan pengajaran, cukuplah sekadar kita memenuhi hasrat perut secara ala kadar, jika kita tahu ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi.
Post a Comment