Header Ads

Keguguran, Mila Jirin Redha Ketentuan Tuhan



Tidak mahu terus bersedih di atas perkara yang terjadi, penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia musim kelima iaitu Mila Jirin mengakui redha apabila dirinya keguguran pada Ramadan lalu.


“Saya anggap bukan rezeki kami lagi menambah ahli keluarga, justeru reda berdepan suratan ini. Mungkin disebabkan saya terlalu aktif. Apa pun kami tidak berputus asa dan sentiasa berdoa dikurniakan cahaya mata secepat mungkin,” jelasnya kepada BH Online.

Percaya bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya, Mila dalam masa yang sama turut memberikan perhatian kepada perjalanan hidupnya yang kini lebih terarah kepada dunia perniagaan.

“Sejujurnya dunia nyanyian sudah jatuh nombor dua dalam kamus hidup saya. Ikutkan memang rindu mahu menyanyi tetapi bergelar anak seni bukan semudah yang disangka,” katanya. 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.