Mayat Seorang Wanita Ditemui Disumbat Didalam Beg & Dihanyutkan di Sungai Klang
KLANG - Mayat seorang wanita disumbat dalam beg pakaian dan dihanyutkan di Sungai Klang, Bandar Baru Klang, ditemui oleh pekerja pembersihan warga Indonesia, lapor Harian Metro.
Dalam penemuan jam 1 petang itu, mayat wanita yang dipercayai warga tempatan itu ditemui di kawasan perangkap sampah, Jalan Harper, tepi Sungai Klang, Selangor, dalam keadaan berlipat dan diikat menggunakan cadar.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, mangsa dianggarkan berusia 30'an, kaki kanannya dibalut simen sehingga paras lutut dipercayai tulang kakinya patah.
"Mayat telah dihantar ke Hospital Shah Alam. Siasatan mendapati, mayat berketinggian 157 sentimeter, berat 50 kilogram, memakai pendakap gigi dan dipercayai baru melahirkan anak kerana terdapat kesan parut pembedahan di bahagian perutnya," katanya.
Mayat dipercayai dibunuh lebih seminggu yang lalu, namun tiada kesan kecederaan atau hentakan ditemui berikutan mayat mangsa sudah mereput. Malah identiti mangsa juga tidak dapat dikenalpasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Post a Comment