Header Ads

Punca Utama Mengapa Rumah Tangga Sering Retak dan Tidak Bahagia




Nak tahu apakah dia punca utama yang boleh menyebabkan sesebuah hubungan perkahwinan dan rumahtangga itu mudah retak dan tidak bahagia?

Jawapannya ialah mengabaikan Rukun Islam ke-2 iaitu solat 5 waktu sehari-semalam.

Perkara ini sebenarnya merupakan suatu fakta yang telah dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Anda boleh lihat bukti keratan akhbarnya yang pernah saya kongsikan dalam artikel blog saya sebelum ini.

Walaupun anda fikir perkara ini nampak macam remeh, tapi kesannya memang amat mendalam jika tidak diambil serius.

Pasangan suami-isteri tak kira dua-dua pihak mahupun salah-satunya yang ambil mudah dengan perintah Allah ini, hidup keluarga mereka memang tidak akan sesekali tenteram dan tidak akan mendapat lindungan rahmat Allah.

Hukum solat 5 waktu sehari adalah WAJIB. Jika anda tinggalkannya, anda akan berdosa.

Jika pasangan suami-isteri itu tidak melakukan solat, hati mereka akan mula menjadi ‘hitam & keras’. Lalu teramat mudahlah untuk terjadinya pergaduhan dan konflik yang akan membawa kepada pertimbangan yang tidak rasional seperti cepat melatah.

Lebih teruk lagi, tak mustahil akan berakhir dengan perceraian.

Untuk perkongsian dan sebagai peringatan untuk diri anda dan diri saya sendiri, berikut merupakan dosa-dosa jika kita tinggalkan waktu solat 5 waktu tersebut:-

Solat Subuh: Barangsiapa yang meninggalkan solat subuh, nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Solat Zohor: Barangsiapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja, dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam.

Solat Asar: Barangsiapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja, dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka’abah (Rumah Allah).

Solat Maghrib: Barangsiapa yang meninggalkan Solat Maghrib, dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Solat Isyak: Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya’ nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini (bumi Allah) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak-geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Oleh itu, sama-samalah kita berusaha, anda dan pasangan anda untuk laksanakan tanggungjawab menunaikan solat ini dengan sempurna.

Jika anda ingin kekalkan hubungan perkahwinan serta mengelakkan perceraian, anda perlu ketahui punca-punca yang boleh menyebabkan berlakunya perceraian. Saya ada menulis satu ebook berkenaan hal ini iaitu punca serta cara-cara mengelakkan diri daripada perceraian dalam rumahtangga anda. Klik sini untuk ketahuinya lebih lanjut.

Jika anda rasakan artikel ini amat bermanfaat, saya mohon jasa baik anda untuk kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.