Header Ads

Saharul Ridzwan Rancang Majlis Perkahwinan Khas Untuk Peminat dan Rakan Media




Kurang daripada sebulan lagi, pelakon Saharul Ridzwan bakal bergelar suami kepada Deena Emir. Saharul akui beliau tidak boleh tidur lena dan berdebar menguruskan persiapan perkahwinan beliau yang bakal berlangsung pada 16 September ini.

Menurut Saharul, beliau merencana untuk mengadakan dua buah majlis perkahwinan dimana satu adalah untuk keluarganya serta sahabatnya di Dewan Sri Siantan, Presint 3, manakala sebuah majlis lagi akan diadakan khas buat peminat beliau dan rakan media.

Ini bukan perkara main-main dan tidak keterlaluan untuk saya katakan, debarannya melebihi dari memikirkan untuk majlis akad nikah.
InsyaAllah, saya merancang untuk adakan dua buah majlis di mana untuk majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrjaya akan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat, manakala sebuah lagi majlis saya adakan khas untuk peminat dan rakan media di sebuah lokasi yang akan saya umumkan kelak

Pada masa yang sama, Saharul memberitahu beliau tidak akan meninggalkan dunia lakonan meskipun sudah berkahwin nanti. Walaubagaimanapun, Saharul akui beliau ingin mula melangkah dalam bidang perniagaan pula selepas ini.


Berhenti berlakon itu tidak kerana ia menjadi keghairahan saya namun saya mempunyai perancangan untuk lebih aktif dalam lapangan perniagaan selepas ini seperti mengusahakan perniagaan berkonsepkan pemakanan atau protein, namun semuanya itu masih dalam perancangan.

Bukan mudah untuk menguruskan persiapan perkahwinan tetapi segala penat lelah itu akan hilang selepas sah diijabkabulkan. Tidak sabar untuk melihat Saharul dan pasangannya bersading di atas pelamin, harap segalanya berjalan dengan lancar.





No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.