Sangat Berbahaya, Wanita Ini Dikurung Keluarga Bawah Tanah
Kakishare.my - Polis menyelamatkan seorang wanita pertengahan usia yang dikurung dalam bilik bawah tanah oleh keluarganya sendiri kerana mahu menghalangnya menyerang jiran mereka.
Wanita berusia 45 tahun yang cuma dikenali sebagai Peng itu dilaporkan mengalami masalah mental teruk sejak dilanggar kereta beberapa tahun lalu.
Peng yang tinggal di Xixia, daerah Pingshan di wilayah Sichuan disahkan sakit mental oleh kerajaan tempatan selepas ditahan kerana memecahkan tingkap dan pintu jiran-jirannya.
Pada 2012, kerajaan tempatan Xixia memberi subsidi untuk Peng dimasukkan ke hospital mental sebanyak empat kali dan dia dibenarkan pulang dalam keadaan lebih stabil selepas diberikan ubat psikiatrik tertentu.
Bagaimanapun, gejalanya mula berulang dan Peng semakin ganas menyebabkan ibu bapanya yang bimbang keselamatannya serta orang ramai terpaksa mengurungnya di bilik bawah rumah mereka.
Post a Comment