Header Ads

Terbang 4,500 KM Dan Tunggu 10 Hari di Airport Tetapi Kekasih Tak Muncul



Kakishare.my - Cinta memang buta sebab dia buat kita sanggup lakukan apa sahaja walaupun akhirnya kita terluka. 

Seorang lelaki dari Belanda, Alexander Pieter Cirk, 41, kecewa dan remuk hatinya selepas kekasih hati yang dikenali secara online tak muncul tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha Huanghua. Selepas mengenali sejak dua bulan lalu, Alexander buat keputusan untuk terbang ke China untuk buat kejutan kepada kekasihnya yang berusia 26 tahun itu.


Selepas kekasih hati yang dikenali sebagai Zhang tak juga muncul, Alexander tinggal di lapangan terbang tersebut selama 10 hari sebelum dia dibawa ke hospital kerana keletihan yang melampau. Berita tersebut telah mendapat liputan media di sana dan Zhang terus menghubungi Hunan TV dan mejelaskan perkara sebenar. 

Rupa-rupanya ada masalah komunikasi kerana Zhang tak faham dengan gambar yang dihantar oleh Alexander. Jadi, pada tarikh berkenaan Zhang berada di luar kerana melakukan pembedahan kosmetik. Zhang bagaimanapun masih ingin meneruskan hubungan dengan Alexander. Malangnya, Alexander telah kembali ke Belanda dengan hati yang terluka. 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.