Header Ads

Turki Kembali Membenarkan Anggota Polis Wanita Bertudung




ISTANBUL 29 Ogos - Turki semalam membenarkan anggota polis wanita memakai tudung sebagai sebahagian daripada pakaian uniform.

Turki berkata, mereka dibenarkan untuk memakai tudung di bawah topi atau beret, dengan syarat warna tudung perlu dipadankan bersama-sama pakaian seragam serta tanpa corak.
Sebelum ini, Turki mengharamkan pemakaian tudung dalam perkhidmatan awam semenjak rampasan kuasa pada 1980.

Namun, larangan berkenaan telah ditarik balik di semua universiti pada 2010 dan dalam perkhidmatan awam pada 2013, kecuali bagi polis, tentera dan badan kehakiman



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.