Header Ads

Turki Telah Melancarkan 61 Serangan Ke Atas Syria Dalam Tempoh 24 Jam




ANKARA 30 Ogos - Tentera Turki mendakwa telah melancarkan 61 serangan meriam ke Jarabulus di utara Syria dalam tempoh 24 jam dan mengenai 20 sasaran.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini mereka mendakwa, serangan itu telah ‘mengambil kira semua sudut dan menunjukkan tahap sensitiviti yang tinggi’ bagi memastikan orang awam tidak menjadi sasaran.

Usaha Turki untuk memasuki bahagian utara Syria sebelum ini mendapat bantahan daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang merupakan sekutu Amerika Syarikat (AS) kerana dibimbangi serangan itu akan mengenai orang awam



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.